BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Monday 27 August 2012

THINKING MAPS TUGASAN



UTAMA





DEFINISI  INOVASI


DEFINISI ADAPTASI




1.   LATIHAN PERGURUAN



  •  NAIK TARAF MAKTAB KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU




  •  KURIKULUM LATIHAN PERGURUAN



1) PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


2) KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI





3) KEMAHIRAN INSANIAH



4) LITERASI DAN NUMERASI



5) KOMPETENSI BAHASA INGGERIS
6) PENDEKATAN TERKINI DALAM P&P



2.   PENSISWAZAHAN GURU


3.   KURIKULUM TRANSFOMASI

1) DEFINISI

1) PENGENALAN KSPK &KSSR


3)TUNJANG KSPK & KSSR



4.   SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

1) DEFINISI


1) PROSES PEMILIHAN




5.   SISTEM KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA


1) TUJUAN 

2) DOKUMEN 






Wednesday 15 August 2012

LATIHAN PERGURUAN



Modal insan guru bergantung kuat pada sistem latihan yang menawarkan latihan perguruan kepada guru-guru. Antara perubahan dalam latihan perguruan :

  • Naik taraf Maktab Perguruan ke Institut Pendidikan Guru
  • Kurikulum Latihan Perguruan
  • Pendidikan awal kanak-kanak
  • Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Literasi dan Numerasi
  • Kemahiran Insaniah
  • Pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


KPM mengambil langkah yang bijak apabila mensiswazahkan guru-guru bukan siswazah samaada yang berada di sekolah menengah mahupun rendah.

Selaras dengan aspirasi KPM yang menyasarkan 100 % guru sekolah menengah dan 50 guru sekolah rendah memiliki ijazah menjelang 2010.


Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) 

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)          
Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)




Tuesday 14 August 2012

JENIS THINKING MAP


Saturday 11 August 2012

KURIKULUM TRANSFORMASI


       

Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 

Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. 

Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Kurikulum Transformasi

KSPK dan KSSR digubal dengan bermatlamatkan melahirkan modal insan  yang seimbang yang kreatif,kritis dan inovatif melalui enam tunjang. enam tunjang tersebut merupakan gabungan domain ilmu dan kemahiran insaniah yang akan membangunkan modal insan seimbang sekiranya berjaya ditanam kedalam diri murid. 


Tunjang KSPK dan KSSR


   Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

           
                    KSSR & KSPK from Ainalita Zazni Adnan

     

                                     


Monday 6 August 2012

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI




sekprestasi_tggi


Salah satu pendekatan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Program Transformasi Kerajaan adalah mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi.





Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Government Linked Companies (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada 27 Jun


".....sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012".

Sekolah Berprestasi Tinggi

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2010

Sekolah Berasrama Penuh

1. Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKK) Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka

Sekolah Menengah Harian

1. Sekolah Menengah Kebngsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah

1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Baharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr ismail, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru


PEMILIHAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


Kriteria pemilihan diumumkan kepada semua sekolah melalui portal KPM . Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pendidikan, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Pengarah dan Sekretariat NKRA.


MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

Majlis Pengiktirafan SBT berlangsung pada 29 Januari 2010 bertempat di Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan penyerahan watikah kepada penerima Sekolah Berprestasi Tinggi telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
                            
                            

Wednesday 1 August 2012

APAKAH SISTEM KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA?

Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (sekolah)                             


TUJUAN SKPM

DOKUMEN SKPM

Pihak JNJK juga telah menyediakan beberapa dokumen yang dapat digunakan dalam pelaksanaan SKPM yang terdiri daripada 3 bentuk dokumen iaitu :




klik sini!

Maklumat Tambahan
anda tahu apa itu NET  Support School?
Net Support School ialah sistem yang digunakan oleh guru untuk mengawasi murid - murid dalam pengajaran dan pembelajaran





lagi info mengenai Net Support School klik sini!
































by learning u will teach n by teach u will understand