Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.
Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.
Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Kurikulum Transformasi
KSPK dan KSSR digubal dengan bermatlamatkan melahirkan modal insan yang seimbang yang kreatif,kritis dan inovatif melalui enam tunjang. enam tunjang tersebut merupakan gabungan domain ilmu dan kemahiran insaniah yang akan membangunkan modal insan seimbang sekiranya berjaya ditanam kedalam diri murid.
Tunjang KSPK dan KSSR
Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
0 comments:
Post a Comment