BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Saturday 11 August 2012

KURIKULUM TRANSFORMASI


       

Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 

Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. 

Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Kurikulum Transformasi

KSPK dan KSSR digubal dengan bermatlamatkan melahirkan modal insan  yang seimbang yang kreatif,kritis dan inovatif melalui enam tunjang. enam tunjang tersebut merupakan gabungan domain ilmu dan kemahiran insaniah yang akan membangunkan modal insan seimbang sekiranya berjaya ditanam kedalam diri murid. 


Tunjang KSPK dan KSSR


   Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

           
                    KSSR & KSPK from Ainalita Zazni Adnan

     

                                     


0 comments:

by learning u will teach n by teach u will understand