BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Wednesday, 12 September 2012


ADAPTASI  PELBAGAI PERKEMBANGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN




1.         LATIHAN PERGURUAN


Modal insan guru bergantung kuat pada sistem latihan yang menawarkan latihan perguruan kepada guru-guru. Antara perubahan dalam latihan perguruan -;



I)  Naik taraf Maktab Perguruan ke Institut Pendidikan Guru
II) Kurikulum Latihan Perguruan ;

 a) Pendidikan awal kanak-kanak
 b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 c) Literasi dan Numerasi
 d) Kemahiran Insaniah
 e) Pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran



2.         PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KPM mengambil langkah yang bijak apabila mensiswazahkan guru-guru bukan siswazah sama ada yang berada di sekolah menengah mahupun rendah .Selaras dengan aspirasi KPM yang mensasarkan 100 % guru sekolah menengah dan 50 % guru sekolah rendah memiliki ijazah menjelang 2010.

.

I )  Program Khas Pensiswazahan Guru(PKPG)
II)  Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah 
(PGSR)
III) Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)




3.          KURIKULUM TRANSFORMASI
Kurikulum kebangsaan yang dikaji semula demi memastikan kurikulum yang holistik dan tidak terlalu akademik sehingga membebankan murid.
Transformasi kurikulum dimulakan dengan melaksanakan :

     I)  Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 
         pada tahun 2010 
    II) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011


4.          SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI     (SBT)


Contoh Sekolah Berprestasi Tinggi di sekitar Kuala Lumpur


.


Sekolah ini mempunyai tradisi budaya yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan cemerlang dan berpesonaliti unggul. Sekolah yang  mempunyai watak identiti yang unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.



0 comments:

by learning u will teach n by teach u will understand