PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN KHAS
1) PETA BULATAN
Mendefinisikan mengikut konteks .
Peta Bulatan membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.2) PETA BUIH
Menerangkan
Peta Buih membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh menerang dan memahami sesuatu dengan lebih baik.
3) PETA BUIH BERGANDA
Membanding Beza
Peta Buih menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau idea supaya dapat membezakan kedua-duanya dengan membanding dan membeza.
4) PETA POKOK
Membuat pengelasan
Peta Pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh
5) PETA DAKAP
Pecahan ciri-ciri
Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi.
6) PETA ALIR
sebab dan akibat
Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya.
8) Peta Titi
Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan)
Peta Titi membantu menyeraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara- perkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa (analogi).
0 comments:
Post a Comment